Monday 21 March 2016

#misihabiskanbaucer: Part 1

Assalamualaikum and hi gais.

Sorry for the hiatus. Kan dah cakap, this is me bila mulanya semester. Hiatus tu dah menjadi kewajipan jadi jangan pelik. Tapi betullah kan, bila semester buka aku kenalah fokus dengan belajar assignment bla bla bla bagai. Kalau duk rumah tu lain cerita lah kan nak menghadap blog 24 jam sekali pun. So, minggu aku lepas aku dah dapat baucer. Penderitaan nak dapatkan baucer tu takyah cerita argh. Menyampah bila ingat balik.

Bila dah dapat baucer, misi menghabiskan baucer bermula. Agak terkilan sebenarnya sebab tahun ini tak dapat join pesta buku, kalau tak dengan RM100 baucer buku, aku dah boleh dapat berpuluh-puluh buku. Ok, over. Tak ada sampai berpuluhs tapi banyak jugaklah. Weekend lepas aku pergi bertapa kat MPH SACC Mall cari buku dan dengan RM150 baucer buku, aku dapat 6 buku. Ok lah tapi kalau ada pesta buku lebih lagi kot dapat. 

Buku yang jadi mangsa aku termasuklah, Budak Hostel Otaknya Sewel (dari tahun lepas cari ni), #CeritaSeram3: Syaitan, Diagnosis, Diagnosis 2: Prognosis, Diagnosis 3: Mortuari & 5000 Amazing Facts About Everything. Petang kelmarin dah settle down 1 book, iaitu, #CeritaSeram3: Syaitan. Gigih gua habiskan sebelum malam tiba sebab gua tak nak kes tak boleh tidur gara-gara teringat-teringat scene dalam buku tu terjadi.


Dah. The end for #misihabiskanbaucer part 1. Baki baucer ada lagi 100. Ingat nak balik habiskan kat Kelate, senang maaa tak payah punggah naik bas bagai. Lagi pun aku ingat nak belanja bongsu dengan baki 100 lagi tu. Bagi dia pilih apa buku yang dia nak.

Till then, Anyeong!
March 21, 2016 / by / 10 Comments

10 comments:

  1. wah bestnya ada voucher to spend :D
    happy reading :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa best2
      Happy reading to you too ;)

      Delete
  2. Assalamualaikum & salam ukhuwah hanimsfrh,

    Thanks visit blog akak.. Seronok dapat voucher buku.. Kalau dpt beli buku kat book fair lagi jimat kann mcm2 buku boleh dpt.. Akak pun suka buku dan dilarang sama sekali masuk kedai buku jika perbelanjaan terhad! Nnti budget bulanan burst.. hehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam & salam ukhuwah jugak akak ;)

      Thanks to you too akak sebab sudi jenguk sini. Alhamdulillah, seronok jugak sebab saya lately baru berjinak-jinak dengan minat membaca buku ini. Tu bila dapat baucer ni excited lebih nak beli buku. Nak harap beli banyak-banyak tanpa baucer, memang tak ler. Hehe.

      Delete
  3. Diagnosis 1 dan 2 tuu best . :D yg lain xbaca lg .. Hihi

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaa. Umt tak dapat baucer buku lagi. Kad siswa pun takde =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh dapat kad siswa jugak eh? Bestnya. Sini dapat baucer je rasanya :D Takpe-takpe nanti dah dapat baucer, boleh borong buku banyak-banyak. Sabar eh ;)

      Delete
  5. Hamboiii kita ni baru je amek baucer tadi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Selamat berbelanja baucerr. Saya punya tinggal berapa keping je nii :D

      Delete