Wednesday 17 February 2016

The Philia | Your Neighbourhood Supply

Tadi aku dengan The L.Gegerians keluar together-gether since dah lama kami tak lepak sekali. Tak silap last lepak masa bulan 11 tahun lepas dimana hanya Mektin, Ika, Mekya & Saroh. Maryam as usual kat KL, far away from us dan aku masa tu busy Abe kawen kot. Tak menyempat dah nak pikir kat makcik-makcik ni semua. Imma sorry gais. Tempat "gathering" kali ni Mektin yang decide sebab dia memang kaki makan dan kaki try kedai-kedai makan baru. Aku ikutkan aja, janji boleh jumpa geng.


Nak cari The Philia ni tak susah mana cuma mata memang kena tajam ar perhati bangunan sebab kalau tak perasan memang boleh terlepas. Aku dengan Mektin kemain Waze bagai, bila Waze cakap dah sampai destination, kami tak jumpa pulakk kedai tu (sebab tak perhati leklok). Kami siap salahkan Waze sebab bagi maklumat salah. Kahkah. Eh lupa nak bagi tahu, ni bukan review tahuuu! Aku tak reti aih nak review.



The Philia ni lebih kurang macam kafe/kedai makanan yang wujud dan trend sekarang ni. Yang ala-ala hipsturr gitu uolls. Decoration simple but nais. Haa gitu, macam aku ni interior designer pulakk. Hehe. Aku dimaklumkan oleh akak yang kerja kat situ sendiri (mungkin owner jugak kot), dia cakap kalau tak nak lama menunggu boleh order dulu sebelum datang. Sejam sebelum kot. Lepas tu kena tengok jugak kot-kot dia tutup untuk event-event tertentu. Rasanya kat sini boleh la sapa-sapa nak buat event birthday ka apa ka.




Untuk menu melantakkk pulak, disebabkan aku belum melantak apa benda pun lagi tambah dengan sesat nak cari The Philia, aku order Bolognese with Latte Machiato (Ini bukan set deh). Nak makan Seafood Pasta sebenarnya tapi kuciwaaa sebab seafood takdak. Yang lain order Insanity Burger, Meatballs, Tortilla and Chicken Grill Combo. Sambil tunggu order sampai, kami meng-happy birthday kan Maisaroh dengan bluberry cheesecake Mekya. Happy birthday in advance Maisarohhh! #sarohturns24 #1802






Mekya's blueberry cheesecake



Ok done. Jenuh menunggu upload gambar dengan line yang macam siput ehem ehem. Thanks for today T.LG and thanks for the friendly service akak The Philia. Since aku tak reti meng-review, bagi aku makanan tadi semua sodap (cumaaa Bolognese saya pedas sangaaaat. Haha). Bagi T.LG, dia orang cakap Chicken Grill Combo yang Mekya order tu sedapp. Lain orang lain taste kan? *peace*. 

The Philia contact:
Alamat: Lot 875, Tingkat 1, Jalan Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Email: the.philia@yahoo.com
WhatsApp: +6011 1296 7376
Instagram: @thephilia
Facebook: The Philia
_____________________________________________________________________________

P/S: How to deal with the waiting of sem 4's result = headphone + music + karaoke like you are the best singer in the world . Kalau 02:00 am tak menjelma jugak email tu, dah boleh kot nak tarik selimut. All the best geng UiTM!
February 17, 2016 / by / 6 Comments

6 comments: