Sebak

22.2.16

"Bah, tolong belikan tiket 27 hb ni pagi."
(Anak dara Abah yang ke-3)
Aduhhh. Sebakk!

Di samping sebak duit abah melayang 44hengget, sebak pikir nak tinggalkan rumah lagi berapa hari. Ni tak suka kalau semester break lama sangat, mulalah nak "Sayuu hatiii, sayuu sekalii.... (Spin, Mengusung Rindu). Selain tu jugak, ada lagi ni punca sebakk. Sebak dengan rumors subject & lecturer yang membuatkan aku malas nak mula sem 5. Lol, boleh jadi sebak jugak ke benda ni? Huhu. Esok (sepatutnya hari ini) dah mula daftar subject core & elek, 2-3 minggu lepas dah bising kat group WhatsApp,

"Jangan ambil subject ni susah, aku dapat B je."
"Jangan masuk kelas lecturer ni, strict markahh."
"Lec ni bosan, lec ni mengantuk, lec ni garang bla bla bla"

Eh tak sukalahh iolls dengan rumors macam ni. 

Kadang tu ada betul tapi banyaknyaa tak betul. Apa pun aku kena self motivation yang "belum cuba belum tahuu" okayy babyyyy! Asyik dengar cakap orang je itu susah ini susah. Kita tengok dulu macam mana. Kalau senang kita bergumbira, kalau susah kita terjun bangunan. Eh takdelah sampai ke tahap cenggitu. Kita berduka dan berkabung dalam seminggu mungkin? Haha.

K lah. Gerak dulu. Assalamualaikum.

Ini bukan tesco, ni kampus aku ;D

P/S: Daftar subjek tukar esok pulak. Pufff.

You Might Also Like

8 뚱

  1. haha kalau sy terpengaruh gak dgr rumors yg macam tu,last2 semua benda pn taknak & tak menjadi . good luck utk semester yang baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tak terpengaruh kalau kadang tu senior sendiri yang bagi tahu macam tu. Haha. Thanks!

      Delete
  2. Abaikan je apa orang lain cakap. Kalau ada orang yg boleh buat, kenapa tak kita? Ceh! Hehehe good luck awaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau asyik dengar kata-kata orang, sampai ke sudah takkan maju ke depan. Hehe. Insha Allah, thank you awaaaa ;)

      Delete
  3. hihi mmg begitulah..lebih2 lg bila senior yg bgtau konon nya susahlah..dpt markah rendah..gagal lah...padahal bila masuk okay jak pun hihi dr kita jak tu sebenarnya :) kipidap! fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Senior memainkan peranan penting. Kena dekat dengan senior-senior yang selalu positif baru tak keluar itu susah, ini susah. Haha. Iyuupp, thanks! Kipidap and fighting for u too ;)

      Delete
  4. Kadang kadang senior saja buat cerita, takut kita rapat dgn lecture kesayangan dia dan lecture dia lupakan dia .. Ahaha . . pernah jadi dkt diri sendiri, diorang ckp, lecture tuu susah dpt markah,tp bila belajar, takde lah susah pun . dia bg setaraf dgn apa hasil yg kita bg dekat dia. :D heeeehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish ada jugak spesis macam ni. Yg pernah jumpa spesis bodek lec je. Yup betul, kalau kita senangkan kije lec (hantar asgmnt, attend kelas etc), dia pun senang hati nak bagi markah kat kita ;)

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*