Tuesday 23 February 2016

3E-17

Jodoh dengan blok 3 lagi. 

Terima kasih Kolej Jasmine bagi aku menetap kat kolej lagi sem ni. Eh terima kasih kat diri sendiri jugak gigih berebut kupon aktiviti macam zombie kelaparan otak. Nak kata berduka lepas tahu nombor rumah ni tak adalah berduka mana. Memang dah agak. Sem lepas walaupun gigih berebut kupon macam zombie tapi tak sampai 2 kad pun. Biasanya kita orang satu rumah hantar 2 kad.

Sem lepas pemaaaaaalas gila nak join program.

Cakap pasal rumah pulak, tak silap aku rumah no 17 ni macam rumah aku sem lepas. Kita orang panggil rumah kecik. Kalau rumah yang sem 1 & sem 3, rumah beso. Haha. Korang yang nak datang buat assignment, copy movie kat rumah aku tu tak payah datang argh. Sebab untuk pengetahuan mereka yang tak mengenali KJ, rumah no 17, 18, 19 & 20 ni rumah tingkat 5 dan kolej kami takdak lift.

Hanya ada tangga-tangga kejayaan je.

Subi cakap okay what duduk tingkat atas-atas. Kardio Fitness gituhh. Haha. Be positive sudah, tingkat mana-mana sekali pun, janji kau ada tempat tidur, makan, minum, bergossip, studyy. Kenapa study last mention? Heol. Nasib aku dah ada pengalaman duduk tingkat atas, jadi tak de lah kejutan budaya sangat.  

 View KJ (Blok 4) masa duduk blok 5

P/S: Course tak boleh nak daftar lagi apa hal? Susah laaaa macam ni. Official statement pun takdak. Kita orang nak berebut kelas & course niih.
February 23, 2016 / by / 14 Comments

14 comments:

  1. tingkat 5 tak ada lift, huhuhu. kena gigih ni panjat tangga hari-hari. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa gigihkan diri. Haha. Ini kalau kes tertinggal notes, xde nak patah naik balik ambil notes. Haha

      Delete
  2. Takpayah mbazir duit pergi gym .. Naik turun tangga pun boleh sihat. Hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? Exercise save bajet gitu. Tapi takut penat naik tangga, sampai rumah melantak sampai tak ingat pulak. Haha.

      Delete
  3. mira sem 1 je duduk kolej..lepas tu sem3-4(akan datang ni) duduk di rumah sewa.. sebab mmg xde chance lansung duk kolej

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke? Kesiannya T__T. Kat kolej kita orang pulak budak laki yg takde chance langsung nak duk kolej. Huhu

      Delete
  4. Replies
    1. Level paling heaven. Hehe.
      3B01 :D

      Delete
    2. sem lepas pakai surat sakit ke? selalunya level bawah sekali kan sebab sakit kan. sebab tu ade peti ais

      Delete
    3. Eh tak pun. Kami sihat-sihat je, takde pakai surat sakit, berbekalkan kad kupon aktiviti semata-mata. Hehe. Yg ada peti tu rumah 3B04 tak silap (depan 3B01). Rumah tu je untuk mereka2 yg sakit. 3B01-3B03 takde peti & bukan utk mereka yg sakit. Masa sem 3 dapat 3B02, sem lepas 3B01. Bukak sem ni je tinggi naik sebab kupon satu kad je kot T_T

      Delete
  5. omg haha sy kalau dah naik 2 tingkat je dah tercungap2 mcm org sesak nafas. alahai. haha lepas ni takyahlah nak gi bersenam. hari2 dok naik tangga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Pergi balik kelas dah 2 round naik turun tangga. Itu tak campur nak turun beli makan lagi ke. Memang betul-betul exercise pakai tangga je. Haha.

      Delete