Saturday, 12 December 2015

Walimatulurus Faris X Yana

Oh hi.

Update dari kisah perkahwinan Abe aku. Untuk majlis nikah dan belaghok belah pengantin perempuan boleh terjah kat sini. Kali ini majlis belah pengantin lelaki pulok which is on my belah. Er, pelik naw in English nya. Haha. Ok, ore Kelate panggil majlis sambut nantu (sambut/menyambut menantu). Tak silap aku belah luar panggil majlis bertandang kot. Rasanya la. 

Pihak kami decided nak buat 2 minggu lepas tu iaitu pada 26.November.2015 (Khamis). Alang-alang dah cuti sekolah mula kan. Memandangkan aku pun dah dekat hujung semester, busy dengan itu ini, aku terpaksa balik malam Rabu tu. Itu pun lepas kelas ER pukul 5, terus cabut pergi airport. Terkilan tak dapat balik awal tolong keluarga memandangkan kami sekeluarga berapa kerat je tapi terima kasih kat keluarga sanak saudara jauh dekat yang datang tolong! *xoxo*

Eh, eh. Thanks bagai ni macam kenduri iolls pulak dak? Haha. Nahh, enjoy the picasa. Mana gambar-gambar yang agak cun melecun tu dari DSLR Nan dan mana yang kejap terang, kejap malap tu dari pelbagai sumber kamera. Nanti dah dapat dari offiial photographer, aku update balik.

Jangan risau.










Last, serious maseh banyak-banyak kat mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu-sepupu sedara, anak-anak sepupu sedara, sanak sedara yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis sambut nantu ni. Maafkan kami sekeluarga andai terlalu banyak kekurangan dalam menjayakan majlis ni. Al-maklumlah, ni majlis pertama buat keluarga kami.

Insha Allah majlis saya tahun depan akan diperbaiki lagi sebarang kekurangan. Eh? Hahaha.

Adios, Assalamualaikum.
December 12, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment