Monday, 31 August 2015

#Merdeka58th & Adios Kelateku
August 31, 2015

#Merdeka58th & Adios Kelateku

Happy 58th Independence Day, Malaysia!

Sorry for the late wish, late update dan banyak lagi lah lambatnya. Been busy all day along packing baju & barang like since 2 days back tapi tak sudah-sudah lagi. Heol. Buat Malaysia dan juga buat rakyatnya sendiri, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58 tahun. Dalam banyak-banyak ucapan kemerdekaan kat TL, aku paling tertarik dengan kata-kata Anonymous ini;

"Ada satu bilik. Depannya tulis "Merdeka".
Kita masuk dalam bilik dan kita pun gembira kerana 
sudah dapat merdeka,tanpa sedar dikunci dari luar."
(Anonymous)

Deep. 

Renung-renungkan gais.

Done with Ceghita Independence Day (khononnye nak wish jugak la kan kat blog). Move to my Adios Kelateku story. So, today is Tuesday, 1st of September. Maksudnya apa dia? Preview for Scholar Who Walks The Night! Yeaayy!

Eh jap. Takde nak SWWTN lagi dah T___T. Maksudnya aku bakal meninggalkan bumi Kelate for awhile untuk meneruskan perjuangan Semester 4. Petang nanti Insha Allah, kami sekeluarga akan bertolak ke Kajang, stay rumah Che Nor kejap sebab pagi Rabu, 2nd September dah nak hantar Aghah pi daftar USIM. 

Habis tu kenapa aku ikut sekali sibuk denga packing bagai? Umi cakap alang-alang dah ke sana, aku terus pi lah, jimat duit tambang bas sikit. Kalau pi daftar Aghah je, pastu balik Kelate pulok, nak pi Shah Alam nanti kena beli tiket bas lagi. Huish membazir katanya Umi. Memandangkan 6hb baru aku daftar kolej, maka berHUHUHU lah aku kat rumah Kak Ina sampai balik puncak tu. Nasiblah labiiii..

Btw, here's Jalur Gemilang created by my lil brotha, Izzat Aiman Fauzi by using Legoland. Disebabkan bahan lego dan warna lego tak cukup, maka inilah hasilnya. Jalur Gemilang yang tak berapa nak sempurna. Anak bulan tak macam anak bulan, bintang tak macam bintang, 14 jalur entah ke mana tak cukup, senang citer semua benda tak cukup. 

Tapi aku salute dengan kegigihan dia nak hasilkan jugak benda ni walaupun dengan kekangan bahan. Lulz. Bila dia cakap nak buat JG pakai lego, I was like, "Boleh ke kau dikk?" then bila dia dah siapkan not-so-perfect-Jalur-Gemilang ini aku dah tak henti-henti, "Hebatlah Aimeyyyy!"

Bagi orang lain kacang je kot lego-lego ni tapi bagi aku rumit tambah pulak dengan saiz yang kecik gilos ni memang lah aku tak penyabar nak buat. Thumbs up brothaaa.

Errr terpanjang pulak. Bajet nak cakap sikit-sikit ja sekali berapa perenggan dah ni. Hoho

Till then.

Adios.

0 comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*