18.9.15

Antara Pandai & Tidak Pandai

Apa yang kau dapat kalau kau pentingkan diri sendiri dalam belajar?

Markah tinggi? Pujian dari teman-teman sebab DL every sem? Attention dari lecturers?

Come on lah. Bab ilmu-ilmu ni jangan berkira sangat. Jangan nak geng pandai je satu group hanya semata-mata kau nak markah tinggi dalam report or even dalam presentation. Be smart der, kau dah degree level kot. Macam chooi pulak bergaduh sebab rebutkan groupmate especially rebutkan groupmate yang DL-DL (every sem) ni hah.

Hermph.

Satu group dengan golongan tak cerdik pandai pun Insha Allah dapat markah tinggi kalau niat kau sama-sama nak bantu membantu. Golongan biasa-biasa atau dalam erti kata lain golongan tak pandai macam aku ini akan berusaha lebih kalau golongan bijak pandai macam kau sanggup bagi tunjur ajar dan tak biarkan kami terumbang ambing.

Ini tak. Yang pandai kau nak pairkan dengan yang pandai aje, yang bodoh dengan yang bodoh. Macam tu sekali nak diskriminasi? Kalau macam tu baik bagi cadangan kat pihak universiti buat macam sistem sekolah dulu je, yang pandai kelas no 1, yang bodoh kelas hujung-hujung. Puffffff.

Aku tak tunding jari kat sapa-sapa sebab kalau aku tempat kau, aku pun tak tahu macam mana. Entah-entah aku pun macam kau. Ye la, nak jaga pointer kan kena cari groupmate yang pandai-pandai. Tapi back to rezeki. Kalau Allah kata kau DL, maka DL lah jawabnya. Tak kisah macam mana bijak, macam mana tak pandainya groupmate kau.

Yes. Usaha. Memang kau kena berusaha tapi kalau dah semua yang pandai kau rembat, siapa nak bantu yang tak pandai ni. That's why aku cakap, tak kisah groupmate kau bodoh ke, bijak tahap genius ke, janji niat kau belajar kerana Allah dan niat nak kongsi ilmu kepandaian kau tu, then that's it. Insha Allah, Allah akan bagi ganjaran yang setimpal dengan niat dan usaha kau tu.

For those yang so-so dalam pelajaran macam aku, don't give up kalau orang bijak pandai tak pandang pun kau. You can do it, you can survive even without them! Jangan rasa down andai kata mereka buang, tak nak kau. Ramai lagi yang boleh dan sudi membantu kau. Jom kita bantu membantu sama sendiri. Haa gituh. Haha.

Till then.

Sekian bebelan daripada aku tak berapa bab agama dan yang tak pandai bab belajar ilmu duniawi ni.

No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*