18.8.15

Sem III | Final Exam Result

Alhamdulillah.

Jumaat lepas berakhir sudah penantian result untuk semester lepas. Haih, nak cakap tak ternanti-nanti tu tipulahkan. Memang dinanti-nantikan cuma tak layan sangat perasaan penantian tu sebab takut hampa. Bayangkan untuk semester lepas, aku target dua paper akan failed. Macam mana tak hampa? Yup, tak tahu kenapa tapi aku tak yakin untuk dua paper tu. Main-main? I don't know meng.

2-3 hari sebelum result keluar memang kecohlah group WhatsApp dan Khamis malam tu paling havoc sampai beratus-ratus WhatsApp masuk. My classmates be like,

"Weh, aku takut bla bla bla..."
"Ada yang dah dapat email ke?"
"Sape dapat dekan weh?"

Amendeeeee lerrr korang. Bajet tak nak pikir, tak nak check, takut tapi duk potpetpotpet jugak dalam group cakap pasal result. Aku ni rasa menyampah sampai off mobile data. Aku dah la tak nak pikir sebab sah-sah Yahoo! Mail masuk pagi Jumaat. 

Nak sedapkan hati yang kononnya gabra tapi buat-buat tak gabra ni, aku layan Running Man & Scholar Who Walks The Night. Well, that's my current addiction, so SWWTN mesti ada dalam list on-play. Lepas Subuh tuu ingat nak tunggu email masuk tapi tak boleh aiiihh. Makin tunggu makin berdebor. Jadi, pukul 7 terus tarik selimut balik memandangkan cuaca pun mendung-mendung gituuu plus godaan Syaitoon yang kuat suruh tido lepas Subuh.

Terlelap kejap, pukul 7:30 tersedar terus grab phone tengok email dah masuk. Bila dah bukak email, mata aku tertumpu kat column Result dimana kat situ dah tertulis kau lulus atau gagal untuk subjek-subjek yang dah kau hadap. Alhamdulillah, semua LU (Lulus)! 

Allahuakbar. Rasa nak menangis tengok result. Tak percaya semua lulus. Rasa bahagia ke awan-awangan sangat bila tengok dua paper yang jet jet failed tu pun lulus jugak! Thanks bery bery bery muchhie Sir Zairul & Sir Yamin. Ermmm, thanks to all lecturers actually. (Sir Zairul, Sir Yamin, Sir Sham, Miss Ezza, Madam Jan & Madam Ainon.). Seriously, terharu dengan markah-markah yang diberikan oleh lecturer semua sebab saya rasa macam saya tak perform sangat untuk sem lepas. I'm sorry Sir, Miss, Madam T_T

Bila dah, "Ayeeahhh, takde repeaaaaat.", aku jenguk GPA & CPGA. Alhamdulillah again. Terkejut, tak sangka. Sujud syukur kepada Allah SWT. Bila tengok GPA & CGPA, teringat conversation dengan Umi prtengahan semester 3. She asked me how's this sem? And me was like,

"Insha Allah dapat kot Mi.."

That's it. Sekadar ucapan dimulut sebab nak gembirakan hati seorang ibu yang memang dah lama harapkan keputusan cemerlang dari aku. Sepanjang hayat diploma tak pernah merasa walaupun pernah ada dalam target tapi Alhamdulillah masa alam degree ini Allah bagi kesempataan nak merasa.

For ya Umi. XOXO. Now, perasaan nak mula sem 4 tu berkobar-kobar sangat. Wayyy to go another 3 semester left and I'm gonna strive harder and harder. Insha Allah. Amin. Apa yang penting,

"Ikhlaskan hati dalam belajar. 
Belajar kerana Allah. 
Bukan kerana CGPA, DL, ANC, 1st Class."


cr

No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*