Tuesday 25 August 2015

Kesayangan

Tak rabak mana haih hati ini tengok kesayangan kena seksa orang.

Hadooooi. Ini susah bila aku dah start treasure sesuatu benda. Memang aku akan jaga kaww-kaww punyalah. Sapa yang pinjam tapi tak jaga elok-elok, buat rosak kat kesayangan aku nanti bolehlah nampak kemunculan The Hulk version perempuan, made in Kelate pulok tuh.

Alkisah tengah semangat layan buku Kacau by Ariff Adly sebab mood membaca baru datang dan mood nak habiskan kesemua novel yang dibeli sem lepas pun baru datang. Macam chooi je, cuti nak habis baru ada semangat nak layan novel. Sebelum ini duk mereput macam tu je novel ni tepi dinding. Baca punya baca, belek punya belek mukasurat then tadaaaaa *gaya minions. 


Nak nyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini sat. Huhu. Sedih pedih lah hati kita tengok orang buat macam ni kat buku kita. Dalam kepala hotak ni dah ada beberapa nama suspek tapi malas nak pergi siasat lagi kot-kot nanti suspek mengganas. Eh ke aku yang mengganas? Haha. 

"Jangan membuat keputusan ketika sedang marah,
Jangan membuat janji sewaktu sedang gembira."
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Aku cool down kejap. Keluar bilik buat gaya paling cool sambil humming lagu Sad Wind by Eun Gaeun (OST Scholar Who Walks The Night Part.2). Kan dah cakap that's my current addiction, so haruslah semua benda SWWTN. Haha. Masa keluar bilik tu dah spotted muka-muka suspek but still in cool down mood because

"Orang kuat adalah orang yang dapat
mengendalikan dirinya kala marah..."
(HR Bukhari & Muslim)

Dalam sejam dua lepas tu, aku mulakan siasatan dan hasil maklumat suspek B, katanya suspek A yang buat dan bila pergi tanya, baru suspek A mengaku. Grrr. Lepas je kejadian tu, aku dah strict sikit bila dia orang nak baca buku-buku aku. Bukan kedekut eh tapi strict. Kalau nampak je buku-buku tu tak berada ditempat sepatutnya mulalah aku bising,

"Siapa baca niiiii, simpan dalam bilik balikkk!"

"Dah habis baca, letak balik tempat asal."

"Baca elok-elok, jangan kasi koyak." bla bla bla dan seterusnya sampai dia orang pun dah naik menyampah dengan bebelan aku ni. Haha.
August 25, 2015 / by / 1 Comments

1 comment:

  1. wow.. ganaz ye.. tapi mmg la kan benda kita treasure org xjga mmg la rasa bengang .. kalau tau pinjam benda org tu jga la mcm brg sniri

    ReplyDelete