Wassup

6.7.15

Wassup.

It's been awhile since ma last post rite? /sigh/

Maaf.

Sem lepas memang busy baq hang! Terlalu busy sampai takde masa nak layan benda yang tak related langsung dengan SEMESTER TIGA. Ramai yang menyeru dalam WhatsApp tapi aku hanya reply yang berkaitan sahaja. Mohon jangan sentap.

Lepas cuti gawai tu, ma life schedule (especially tidur) totally ruined up. Dari malam ke Subuh stay up buat kerja. Usai je Subuh terus panjat katil untuk lelapkan mata. Tersedar tidur dalam 10-11 pagi, terus hadap laptop sambung buat kerja.

Dua minggu jugaklah kehidupan aku tak teratur DAN kalau ditakdirkan diri ini tak bernasib baik, anytime ja Carpal Tunnel Syndrome boleh menyerang sebab dalam 2 minggu tu memang tangan ni kat laptop ja memanjang.

Once dah habis je hiatus week, memang lega gila. Tak terucap rasa lega tu. Feel like,

"Ohyeahh! Imma free mengg!"

2hb yang lepas, aku dah settle down dengan ma first and last paper for Semester 3. Sem ini aku ambil 5 paper tapi yang ada finalnya 1 je. Boleh bayang tak betapa bosannya penantian aku dari 19hb - 1hb, tergodek-godek kat kolej tunggu paper 2hb tu sebab tak mampu nak balik kampung.

For this moment, Im at hometown till 7th September. Cuti semester ini memang aku fully in silent mood la. Handphone aku tak tengok mana, message pun aku reply mana yang patut ja. Nak rehat, spent time sepenuhnya dengan family and plus since it's Ramadhan, let's fully utilized this special month with amal jariah. Haa gitu.

Ayeah, one more thing. For those yang dalam group WhatsApp asyik duk,

"Hani mana Hani?"

Please don't gabra much. Gua baca semua conversation cuma gua not in the mood lagi nak masuk mencelah (penangan hiatus week hari tu). Rasa rindu  ke, nak bertanya khabar ke boleh PM sis oke dear? (LOL, ayat online shoppers sangat)

Till then. Adios. 

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*