21.4.15

#UmiTurns55

Sanah helwah dear lovely Umi.

Orang tak reti nak bagi ayat berpuitis. Orang hanya mampu doakan agar Umi sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia dan juga akhirat. Semoga Umi dipanjangkan umur agar orang dapat membalas segala jasa Umi selama Umi jaga orang dari kecik sampai lah besar gedabak ni. *Abah pun sama :)

Orang tak mampu nak bagi hadiah mewah-mewah sebab sekarang ni pun orang berhutang dengan pt jugak. Hehe. Tapi harap Umi suka dengan hadiah yang orang bagi tu. Maaf jugak sebab dah bagi hadiah tu 2-3 hari in advance. 

Orang tak boleh la, selagi ada dalam beg baju tu rasa nak bagi cepat-cepat je sebab nak tahu Umi berkenan ke tidok. Alhamdulillah, kena dengan cita rasa Umi siap nak pakai pi merisik menantu sulung lagi, ye dak Umi? Haha.

Again, selamat ulang tahun yang ke-55 Umi :)

Your forever-clumsy-immature daughter, 

Kak Irah


No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*