22.4.15

Assignment Gerup

Takde kerjasama.

That's it. Salah satu SEBAB UTAMA kenapa aku tak suka group assignment.

Aku akan suka group assignment kalau dapat group mate yang mampu beri komitment dan kerjasama sepenuhnya. Masa diploma dulu ada je group member aku yang bagi kerjasama tiptop punya hah. Time degree ini macam-macam hal pulak timbul bila melibatkan group assignment dan menyebabkan aku yang dah sememangnya tak suka group assignment jadi makin makin makin tak suka.

Tapi macam kawan aku cakap, kita hidup dalam dunia ini beramai-ramai bukannya keseorangan. Jadi kerja berkumpulan sama ada di universiti mahupun di tempat kerja suatu hari nanti memang tak dapat nak dielakkan. Nak kata aku ini individualism sangat, tak kot sebab aku boleh je cooperate dalam group task/assignment asalkan groupmate lain mampu bagi kerjasama jugak.

Ini tidak, kerjasama memang sah-sah tak bagi, nak join discussion apatah lagi. Semua benda nak tunggu orang sedia, tunggu orang bagi. Bila ada yang tak kena, pandai pulak kau nak comment itu ini tapi bila sebelum tu orang lain mintak pendapat, mintak idea, tambah itu ini macam harooom alasan yang kau bagi.

Rasa macam nak usulkan aje kat pihak atas agar hapuskan group assignment. Ha gitu. Kejam sangat bunyinya sampai nak kena hapus bagai. Macam nak hapus aktalah pulak. Memang takkan lah kan? Nak tak nak, aku kena ubah mindset aku agar lebih suka dengan group assignment and the most important is, aku kena sabar.

Tu je.

destructoid

No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*