Sundate | Luncheon @ Saujana Putra

12.3.15

First weekend with le families after one week having hectic because of jadual kelas!

Kali ini aku, Kak Ina & 2 yang lagha (Meklong & Aisyah) ber-sund-date di Saujana Putra. Sebenarnya Kak Azfa yang menjemput kita orang untuk makan-makan kat sana.Orang dah ajak takkan nak tolak hoi. Hehe. Kak Azfa ni isteri kepada sepupu kita orang, Abe Zakwan. Kak Tie, Kak Chik & Abe Zaim pun ada masa small gathering ni. Memang best. Rasa macam berkumpul anok-beranok kat kampung. Tapi tulah bila buat small gathering dengan anok-beranok macam ni boleh hilang la kan sikit rasa kerinduan kat family di kampung. 

Lauk luncheon kita orang memang super ohsem lah. Kak Azfa masak nasi kerabu kuning dengan mee kari, petang tu pulak Kak Tie bawak daging kambing panggang. Perghh meleleh wa cakap kat lu. Part daging kambing panggang tu aku sempat merasa sikit je sebab dah kenyang sangat melantak nasi kerabu + mee kari. 





Terima kasih daun keladi Kak Azfa & Abe Zakwan sudi menjemput kita orang pi makan-makan kat Saujana Putra. Next schedule ke Meru, melantak sup daging famous amous Kak Tie. 

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*