Friday 13 March 2015

Usrah 3.1 | Inilah Islam

Jumaat lepas masih diberi kesempatan untuk mengikut usrah. Masa mula-mula dapat wassap from Kak Akmar inform pasal usrah hari Jumaat lepas Isyak memang malas yang amat. Ya ampun, tuhan je tahu betapa banyaknya setan duk goda sampai aku rasa malas nak pergi sangat-sangat. Fuuuh, iman turun naik kan macam ni lah.

Jumaat tu aku kan keluar dengan macik kepoh tapi Alhamdulillah perasaan malas angkara syaitan durjana tu berjaya aku buang. Kalau ikutkan perasaan malas memang aku tak join dah usrah malam tu sebab sampai kolej pun dah petang, dengan penatnya lagi tapi bila dipikirin balik… Apa sangat lah kalau pergi usrah yang hanya untuk bertilawah al-quran sekejap lepas tu dengar pengisian dari naqibah.

Tak rugi sedikit pun penat tu sebab kau sendiri yang cari pasal kan. Dah tahu ada usrah malam tu sapa suruh keluar SU8 sampai lewat petang baru balik. Lepas isyak aku gerak ke surau dengan Syieda dan lepas chit chat tanya khabar, kita orang mulakan usrah untuk semester 3 kali ini dengan tilawah al-quran. Kali ini kami baca ayat Al-Waqiah, 5 ayat sorang.

Lepas tilawah, Kak Akmar ada bagi pengisian pasal 'Inilah Islam' yang ditulis oleh Syed Al-Qutb. Kesimpulan dari pengisian yang dikongsikan, nak hidayah Allah ini tak perlu tunggu tapi perlu dicari dan jangan sesekali mempersoalkan setiap ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita.
March 13, 2015 / by / 1 Comments

1 comment:

  1. hmm, "janganlah mempersoalkan setiap ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita." deep. saya harap lepas ni (saya lpsn SPM), Allah letakkan saya kat tmpt yg sepattnya, dan harap dpt join bulatan gembira. nk gak rasa buang sifat malas tu ahaha

    ReplyDelete