Wednesday, 4 March 2015

Crush
March 04, 2015

Crush

Semalam aku dengan 4 lagi the ladies jaga booth persatuan sempena dengan ESKEP yakni Ekspo Kelab dan Persatuan dimana para president kelab dan persatuan akan memperkenalkan kelab dan persatuan mereka kat pelajar baru. ESKEP ini sebenarnya salah satu program under MAGIM 3.0 untuk student intake baru Information Management, UiTM Puncak Perdana.

Jadi apa kaitannya dengan crush? Hermmm, takde apa kaitan pun cuma semalam nak dijadikan ceghita, masa duk jaga booth tu, mood 'cuci mata' aku dengan si Syieda melebih-lebih pulak sebab kita orang duk kat luar dewan jaga booth, takde nak buat apa. Aina, Ika dengan Hajar pulak masuk dalam dewan tengok ucapan dan juga montaj. Bila dah berdua aje kat keluar, meja kedai kopi mula dibuka dan bila dah boring berpot pet pot pet kita orang start usha orang sekeliling. That's it! Haha.

Nak dijadikan cerita mamat sebelah booth kita orang yang jadi mangsa peng-usha-an kita orang. I don't know him tapi aku suka cara dia. Mungkin sebab dia berpakaian serba hitam. Aku ni pantang tengok mamat pakai baju melayu hitam, mulalah ulat naik bulu. Ehhhh. Hermmm, Hani, behave yourself. Booth sebelah kita orang tu booth Silat Gayong. Patutlah berpakaian hitam kannnn..

Bila kita orang duk soksek soksek pasal mamat tu, Hajar perasan then dia tanya, 

"Siapa ni? Crushh ke?" 

Alahai Hajar. Dah la mamat tu kat sebelaaaaah je kang tak pasal-pasal dia terperasan yang kita orang duk cakap-cakap pasal dia. Kuikui. Crush sangat kan? Takde nak crush-crush lah. Identiti mamat tu pun gua tak tahu inikan pulak nak ber-crush bagai. Plus mamat tu handsome kottt. Mamat-mamat handsome ni tak pandangnya kita orang. Haha. Saja jeeee aku dengan Syieda nak cuci-cuci mata, nak masuk dalam dewan tak boleh jadi cuci mata je sebagai penghibur hati. 

Err, tu je sebenarnya nak ceghita. Nothing's special pongg. Upcoming next entry Insha Allah aku akan story pasal rumah chantek chomel mholek aku ni, 3B02 dan juga pasal ESKEP semalam. Insha Allah, kalau line laju zasssss woww zassssnya dan kalau ada masa dan waktu untuk update. 

Till then, adios. Assalamualaikum :)


4 comments:

  1. uuuuuuu. ad jodoh bole terjumpa lg kat kampus hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. takdelah anim. saje2 je tu mengada2 sebab bosan takdok mende nk buat.

      Delete
  2. hiburkan hati snd tu biasalah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan? nak hibur2kan hati je. haha

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*