Sem II | Final Exam Result

14.2.15

Syukur.

Alhamdulillah.

Semester kedua di Puncak Perdana berjaya dilepasi dengan jayanya. Paper killer Admin of Archives pun lulus dengan yang tak disangka sebab rasa macam aku tak boleh jawab langsung masa final haghi tu! Yup, terus terang cakap paper IMR455 tu memang aku duk bajet akan failed. Bahkan, kepala hotak aku ini dah terbayang-bayang yang aku akan 'jumpa' dengan Madam Jan dan ambil paper tu sekali lagi. Oh tidak.

Bermulanya cuti final sem II maka bermula jugaklah mimpi ngeri buat aku. Boleh dikatakan hampir setiap malam aku mimpi pasal paper IMR455. Betul, tak tipu. Dalam tempoh tu jugak aku pantang dengar perkataan "final exam" "preserve" "arkib" "arranging" dan jugak "Mentor Legend". Kenapa Mentor Legend? Sebab haghi tu nampak Madam Jan dalam Mentor Legend jadi automatik akan teringat kat dia bila iklan Mentor Legend.

Nightmares just only a nightmare bila tengok result pada tanggal 13 Februari 2015. Lepas ini confirm tidur aku hanya ditemani dengan senyuman dan kegembiraan. Allah! Suka tak terkata tengok result. 

Terima kasih Allah, terima kasih Abah, terima kasih Umi, terima kasih lecturers, terima kasih classmates, terima kasih friends. Cakap pasal friendza, 

Special thanks to Subhi! 

Seriously, you won't find friend like her. Sometimes she's just too 'kecoh tak tentu pasal' but she's the one who keeps motivated you, giving an advices, tips, and most important, she shares what she knows. Eh, terspeaking pulak bila cakap pasal Subhi sebab makcik ni memang suka speaking. Kadang-kadang bila duk lepak, berbual kosong pun dia boleh speaking bagai.

Ustazah Nik, Dr. Faridah, Madam Lina, Madam Hanis, Madam Jan & Sir Ridzuan, thanks for everything. Semangat Madam2 semua dan Sir takkan saya lupakan dalam  memastikan yang terbaik untuk studentnya. Maafkan saya andai kata saya tidak perform yang terbaik sebagaimana yang diharapkan oleh Madam & Sir. 

Semester II, bye-yeom.

Semester III, Assalamualaikum & Be nice to me :)

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*