Salah faham.

20.2.15

Hal atau perkara yang melibatkan 'salah faham' ini memang susah nak diperbetulkan balik dan selalunya akan memakan masa. Betul tak?

Jujur cakap, aku tersangat nak perbetulkan balik segala salah faham yang terjadi antara kami. Sampai bila nak bermasam muka, nak salah faham sampai masing-masing pikir buruk pasal sesama sendiri. Bila jadi macam ni kan, aku rasa macam

"Weh korang tak ingat ke segala macam benda yang telah kita lalui (walaupun takdelah banyak mana moments kita bersama) tapi ha lahh, 2 semester kot duduk bersama. Moments gelak ketawa, bersuka ria, berkarok (eh) tu korang tak ingat eh?" *waduuhh, sadis sangat ayat.

Tak boleh weyy. Aku ini jenis mudah touching/sensitif jugak. Nampak je kasor macam ni tapi bila melibatkan benda-benda kenangan bagai ni memang tersentuh hati. Tengok gambar kami dulu-dulu, sedih wey. Sedih. Kenangan hanya tinggal kenangan lah jawabnya. Bak kata Harris Alif dalam lagunya,

"Ku akan mengenangmu,
Walau dunia akan berakhir.
Tak mungkin ku lupa kisah denganmu.."

Mungkin disebabkan kami ni memang dah 'tak sebulu' kot cuma masing-masing tak pernah tunjuk/cakap, so bila jadi macam ni, masing-masing kira macam takde hallah kalu tak bertegur/bercakap sesama sendiri pun sebab alang-alang dah tak sebulu kan. Lainlah kalau geng kamceng, we'll fight till the end nak perbetulkan keadaan. Kot lah kan. Itu tanggapan dari apa yang aku perhatikan je.

Bila pikir balik kan, benda ni terjadi sebab benda kecik je pun. Pada akulaaaa, benda tu kecik je tapi salah faham punya pasal, jadi makin melarat. Nak buat lagumana kan, benda dah terjadi. Wa cakap apa pun tak boleh nak ubah dah, nasi dah jadi bubur der.

Berbalik kepada kes salah faham. Terus terang, nak aja aku face-to-face and told them EVERYTHING. Apa yang mereka nampak, rasa, fikir belum tentu betul. Bila nak perbetulkan balik salah faham tu, sah-sah nak kena kaitkan semua nama sebab kes kami ni sangat complicated. Aku taknaklah macam tu. Gara-gara nak perbetulkan salah faham orang lain terhadap diri kita sendiri tapi nama orang lain pulak yang dikaitkan.

Taaaaaaaapi kalau tak kaitkan nama-nama tersebut, storyline jadi berubahlah pulak.

Huih pening.

From time to time aku akan cuba explain dan perbetulkan everything. Kalau perlu kumpul semua orang, aku akan cuba kumpul demi menjelaskan balik segala benda yang terjadi ini. Sayang weh. Walaupun dah tak serumah tapi sekurang-kurangnya biarlah benda ini jelas dan nyata tanpa sebarang salah faham. 

At least masing-masing boleh senyum bila terjumpa/terserempak kat kampus ke kat kafe ke.. Puncak Perdana tu takde lah besar mana hoi, nak mengelak mana lagi kalau terserempak kan?

Hope Allah ease everything.

Insha Allah.

Pray for me & them too.

You Might Also Like

2 뚱

  1. kadang penat je nak explain sbb pihak sebelah sana langsung xnak dgr dan kompromi. last2 msg2 bwk dri snd dgn hrpn masa akan betulkan. btw, try again and gud luck. tp biasanya anim akan letak limit bpe kli nak cuba. lps tu nak give up klu xde respons

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun anim.. susah bila ada yg xnk beri kerjasama. pape thanks for the advice!

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*