Kehilangan

13.2.15

Khamis, 09:40 pm, aku tengah khusyuk scroll TL Twitter then tweet from Malaysian Gags buat aku terdiam kejap. Aku rasa melampau betul kalau nak bergurau tapi bila pikir balik, takkan nak dibuat main berita macam ni? Lepas tu menyusul few tweets dari akaun bola kelate yang turut inform benda yang sama. Akhirnya, post rasmi dari anakanda beliau yang mengesahkan lagi berita berkenaan.

"Tok Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 09:40 malam. Al- Fatihah"

Allah, Tok Guru dah takde? Otak aku susah nak hadam statement tuh.

Seperti menerima berita kematian ahli keluarga sendiri, air mata ini tak henti-henti mengalir. Dalam 10 minit lepas tu Umi tersedar tidur. Aku dah berkira-kira nak bagi tahu sekarang ke nak tunggu berita dalam tv? Aku bagi tahu jugak...

"Tok Guru takdok doh Mi…"

Umi tak dengar.  Aku amek nafas, tahan sebak then bagi tahu sekali lagi

"Tok Guru takdok doh…"

Termenung kejap Umi.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Allah, moleknya. Doh la male Jumaat…"

 Memang susah nak percaya tapi itulah kenyataan yang patut diterima. Kelantan berduka dengan kehilangan pemimpin yang disayangi. Namun aku tak sangka ada yang bergembira dan bersuka ria dengan pemergian Tok Guru. Dengan bangganya update status untuk 'berkongsi kegembiraan' dia tu. Jika hayat Tok Guru masih ada kita boleh nak mintak maaf tapi bila tiada? Allahurabbi, sudah-sudahlah tu. Jangan terlalu taksub berpolitik sampai gembira dengan pemergian seorang ulama'.

Semoga Tok Guru ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tenang dan berehatlah di sana wahai Murabbi kesayangan rakyat Kelate. 

Ihsan fb Gate H Boys

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*