Thursday 12 February 2015

Flu + Fever + Cough + Body Ache = Chicken Pox?

Lagi beberapa minggu semester baru nak bukak, chicken pox pulak datang bertandang. Allah, dugaan betul.

Pergi klinik nak check dengan harapan bukan chicken pox tapi malangnya harapan hanya tinggal harapan. Memang sah kena pox pox pox ayam atau lebih common dikenali sebagai cacar air mahupun 'bertih'. Bertih jagung? Oh no. Bertih jagung lagi sedap dari bertih ni, serious. Sepanjang hayat rekod perubatan diri ini, rawatan chicken pox ni yang paling teratas bayarannya tapi demi kesihatan punya pasal, berhutang pun aku sanggup (Ehhh sangat kalau sanggup).

Aku mula demam Jumaat lepas dan demam ni tahap paling teruk dalam rekod demam yang pernah aku alami sebab sakit-sakit satu badan, gatal-gatal mata, tak lalu nak makan dan yang paling 'syok', rasa nak tido je memanjang. Aku ingat demam biasa jadi aku just telan segala jenis panadol yang ada sampai panadol joint pun mak telan hokeh.

Pagi kelmarin  bangun mula  rasa pelik sebab kat lengan dan badan ada tompok-tompok merah & rasa gatal-gatal. Bila dah cuak sangat dahhh aku rujuk Umi lepas tu Umi cakap mungkin chicken pox. Aku tanyalah, 


"so how?" (Actually tak speaking pun. Mohon baca dalam dialek kelate). Ini respond umi,

"Tunggu dah 'keluar' semua tompok tu, pergi klinik la."

Wait. What? TUNGGU SEMUA KELUAR BARU PERGI KLINIK? Hmmm, cannot go macam ni. Kepala hotak aku ni dah pikir macam-macam sebab lagi beberapa minggu nak bukak sem jadi aku takut bendalah ni tak sempat nak sembuh sebelum aku pi Puncak. Tanggapan aku yang tak berapa nak cerdik ni duk ingatkan bertih akan naik berbulan-bulan tapi salah pulak tanggapan tu sebab Mrs Doc cakap Insha Allah kalau antibodi kuat, dalam seminggu pun dah okeh dah. Jadi inilah hasilnya bila ke klinik malam tadi:

Anti viral yang sebijik 3.50 tuuuuu -__-

Ubat tahan gatal

Ubat demam

Ubat tahan sakit/sakit urat/lenguh badan

Ubat sapuuuu

Dugaan Allah nak bagi, kena terima dengan ikhlas & redha. Pengajaran yang aku dapat bila kena chicken pox ialah (hah kena chicken pox pun ada pengajaran okeh), kau kena disiplin masa gila-gila lah untuk makan ubat sebab untuk ubat anti viral memang kena sharp setiap 6 jam. Tak boleh terawal, tak boleh terlewat. Itu kata nurse kat klinik tu lahhh. FYI, bab-bab makan ubat ini memang aku lagha sikit, selalu tak tepati masa tapi kes chicken pox ni lain sikit. Siap kunci alarmed kasi reminder. Nak sembuhhh cepat punya pasal….

p.s : Harap chicken pox ni cepatlah sembuh seiring dengan harganya yang ohsem meh. 
February 12, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment