Final Preparation | Haji Yaacob's Family Day 2015

21.2.15

Hari ini 21 Februari 2014, maknanya it's a D-Day for The Haji Yaacob's Family Day! Jam sekarang tepat 03:50 am dan aku masih lagi duk menghadap laptop update entry sedangkan hari ini pagi-pagi lagi dah kena berkumpul kat Bachok untuk sesi pendaftaran, pengagihan baju serta kumpulan dan juga sesi sukaneka.

Kelmarin seharian Kak Ina, Kak Long, Aisyah dan juga aku prepare for the last preparation. Cakap pasal final preparation, ada sedikit perubahan kat tentatif program memandangkan petang kelmarin kita orang dah consult kaw kaw gila dengan Abe Min & Kak Mus.

Bila dah mesyuarat, face-to-face, dengar pendapat, pandangan dan idea masing-masing, maka kerana itulah sukaneka dan sesi photoshoot diadakan pada sebelah pagi. Sebelah petang ada sukaneka juga tapi more to sukaneka air. Ini merupakan last minute punya planning memandangkan Abe Mi & Kak Mus pun baru je decide nak join jugak family ini so dia orang guide kami yang masih muda mudi ini kot-kot ada mana-mana yang tak kena dan boleh diperkemaskan lagi.




Meeting dari petang sampai ke Maghrib uolls. Padahal plan petang tu lagi nak pi beli barang tapi sebab masalah timing, masalah jammed, masalah itu ini, akhirnya lepas Maghrib jugak baru pergi shopping kat MMall (Mydin Mall). Dari lepas maghrib masuk dalam MMall cari barang, sampailah MMall nak tutup pintu baru kami keluar. Balik ghumah tu dah pukul 10 lebih terus rushing untuk packing hadiah dan jugak hamper. Kesudahnya pukul 12 baru settle semua. 






Ok, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. Nak tido hooooi, ponat + mengantuk yang amat. Esok wa nak kena tiup belon lagi, hias khemah lagi, angkut hadiah-hadiah tu lagi. Fuhhh, berikan aku dan yang lain-lain kekuatan serta semangat Ya Tuhan.

Anyeong!

Goodbye!

Goodnight! (Eh ke goodmorning?)

Assalamualaikummmm!

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*