16.2.15

Bawak Usrah?

Kak Nad bagi surprise,

"Oh ya 1 lagi Hani akan bawak usrah Insya Allah. Nak partner dengan siapa?"

Allah. Terkejut monkey.

Diri sendiri pun masih merangkak-rangkak, banyak benda yang perlu diperbaiki tapi nak bawak usrah? Allah, tak mampu aku. Cukuplah kalau aku bergerak sebagai ahli yang menggerakkan program/aktiviti berunsur keagamaan kalau itu dikira sebagai medium dakwah jugak. Nak bawak usrah tu tak mampu lagi sebab aku pun masih baru dan dalam proses belajar mengenai segala benda. Lebih baik bagi kat mereka yang lagi pakar dan yang penting mereka yang lebih berilmu :)

Mungkin ada yang akan cakap,

"alah, sampai bila nak guna alasan 'masih baru'? kalau macam tu senanglah ... "

Mohon mengerti. Aku ini baru sangat-sangat lagi. Terlalu banyak benda nak dipelajari. Kau kena paham. Once orang nampak kau sebagai 'akak usrah' atau lebih dikenali sebagai naqibah, orang akan nampak kau perfect 110% dalam agama. Bila dah bawak usrah, nak kena bagi nasihat, pandangan kat anak-anak usrah kita tapi mampu ke dia orang terima kalau kita pun cetek dalam ilmu agama.

Suatu hari mungkin, Insha Allah. Buat masa sekarang, hanya mampu jadi 'anak usrah' dulu. Sama-sama doakan. Amin :) 

No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*