25.1.15

Tiba-tiba

Sekarang ni mood semuanya tetiba.

Tetiba rasa nak decor bilik. Nak kasi nampak matured sikit.

Tetiba rasa nak buat online shop. Ini semua gara-gara si Maryam.

Tetiba rasa nak kahwin (ehhh). Ini pun gara-gara Maryam jgk.

Tetiba teringat kat Anonymous. Tadi ada Anonymous komen kat entry French Toast so automatik teringat kat dia walaupun entah sape2 orangnya.

Tetiba nak layan lagu jiwang aje memanjang. Seriously sepanjang hayat aku tak pernah nak masukkan lagu jiwang tp kali ini aku transfer mostly malay songs then buat playlist dalam phone. Dah kenapa dengan aku?

Tetiba teringat kat Uncle 2010. Hah? Apakah? Pedih betul bila tetiba teringat kat yang tak sepatutnya.

Tetiba rasa nak layan Malay&Japanese dramas. Dah boring dah kot dengan K-Dramas yang kebanyakan storyline sama je.

Dan last 'tetiba' ni yang paling parah sikit sebab aku tetiba rasa nak balik u, nak hadap buku, notes. Ini semua gara-gara bosan duk rumah tapi bila dah pi u, nak balik rumah pulak. Hadoi, acanor tuuuh.

No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*