Friday 24 October 2014

One Heart One Love.

Alhamdulillah, baru-baru ini pakej BAKTI PEMBINA UiTM Puncak Perdana berjaya jugak buat satu lawatan kebajikan kat rumah anak-anak yatim di Kajang. Kami, AJK diuji dengan pelbagai ujian daripada Allah sebelum berjaya, selamat sampai kat rumah tu. Masalah bas, masalah pengiring. Kalau niat kita betul-betul ikhlas nak berbakti, nak buat baik, Insha Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan dan Alhamdulillah segala masalah tu berjaya diselesaikan dan kami pun selamat sampai ke sana jugak akhirnya. 

Seronok sangat dapat melibatkan diri dalam program macam ni. FYI, ini first time penglibatan aku dalam program macam ni. Teruja sangaaaat. Rumah yang terpilih adalah Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia. Anak-anak kat situ comel-comel gilaaaa. Bukan setakat comel, pandai, hyperaktif etc!








Aku just upload sikit-sikit jaa. Internet connection penghalang untuk aku upload banyak-banyak. Dear adik-adik, Insha Allah, ada masa free lagi, akak akan pi sana main-main dengan adik-adik semuaaa. Rasa nak nangis bila ada salah seorang dari adik-adik ni tanya kat salah seorang AJK, "Akak datang sini lagi tak esok?" Huhu. Kalau rumah adik-adik ni dekat, dah sah-sah akak akan datang lagi sebab tak puas main dengan korang dan hari-hari akak datang main dengan korang. 
October 24, 2014 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment