Jadual Sem II

2.9.14

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum! Result semester I dah dapat, next step adalah daftar kelas untuk semester II. Budak-budak UiTM dah boleh mula daftar kelas sejak 30 Ogos lepas. Semangat punya nak daftar kelas, lepas Subuh tu aku dah bukak student portal tapi sayang takleh nak daftar, sistem bukak pukul 09:00 am. Alang-alang dah bukak student portal, aku godek-godek jadual kelas. 

So far dia bukak 1 kelas je. Aku tak tahu pulak batch kami sikit punya olang sampai satu kelas je. Aku ni kemain hah nak daftar kelas awal-awal sebab takut kelas full, ghupe-ghupenya ada 1 kelas aja. Tak taolah kot dia bukak satu kelas dulu, lepaih tu baru bukak yang lain bila dah penuh.

Ouh yeah, ni nak ceghita pasal jadual next semester. Allahurabbbi! Terlampau rilek sangat jadual next semester sampai aku ni log out lepas tu log in balik, masukkan code-code subjek tu balik then check jadual sekali lagi. Bila dah 2x check, ouuuuu yeahhhhh. Memang confirm dah itu jadualnya! 

Imma gonna have great great great great great timetable for semester II (so far lah kan, itupun kalau takde pape perubahan lagi dah). 4 subjek dan 2 hari kelas untuk semester II. Kalau takde apa-apa perubahan sampai habis semester, Insha Allah kelas aku hanya pada hari Isnin & Selasa. Lagi 3 hari nak buat apa hoi? Tido? Oh nonono.. (playing A Pink's NoNoNo). 

Sepanjang 2 hari tu memang aku ada kat kampus je, dari pagi turun kolej petangnya baru balik. Kali ini memang betul-betul kena score DL lahhh. Mana idoknya, hari Rabu-Jumaat takde kelas sambung pulak weekend Sabtu, Ahad. Kalau masa free yang ada tu tak dimanfaatkan untuk study, tak reti bersyukur sangat-sangatlah tu maknanya.


p.s: btw, selamat datang september!

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*