Belum Cuba Belum Tahu.

9.9.14

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pernah tak bila masuk semester baru mesti ada yang cakap,

"Eh, lecturer tu tak best lah"
"Lecturer tu strict lah, kedekut markah"
"Subjek ini susah lah, kena struggle gila"

Dan bla bla bla bla bla bla lagi komen-komen yang negatif. Semester lepas aku duk dengar orang cakap, bila masuk kelas A, lecturer ini bla bla bla. Bila masuk kelas B, lecturer ini bla bla bla. Subjek ni susah la, subjek ni ramai repeaters la bla bla bla. Semester ini benda sama jugak yang aku dengar. Masa diploma dulu memang, aku akan percaya bulat-bulat kalau senior cakap lecturer tu strict lah, kedekut markah la, subjek tu susah lah, subjek ni subjek killer lah, itu lah ini lah. 

Bila dah masuk kelas lecturer/subjek  tu, mindset ini dah automatik pikir yang negatif-negatif pasal lecturer/subjek tu sebab apa? Sebab aku dah di'sogok' dengan ceghita-ceghita negatif walhal aku tak belajar pun lagi dengan lecturer tu mahupun subjek tu. Sekarang bila degree level ini aku cuba ubah, bila ada yang cakap lecturer/subjek tertentu ini susah, aku akan cuba set kat hotak aku ini, belum cuba belum tahu. Takkan nak dengar je orang cakap sedangkan kita masuk kelas lecturer tu pun belum, belajar sepenuhnya pasal subjek tu pun belum.


Haghi pertama untuk semester II ini pun aku mengalami benda yang sama. Disogok dengan ceghita yang tak best. Pagi semalam kelas dengan Madam M. Housemate aku cakap Madam M strict, ada senior pun cakap Madam M strict. Sebelum mula kelas tu aku dah berdebar lah jugak sikit-sikit bila pikir  Madam M yang bakal mengajar aku. Tapi Alhamdulillah, sesi pengenalan tadi memang mantop. 

Yeah right, mungkin orang akan cakap, "kelas first memanglah baik lagi, cuba tunggu test + assignment + presentation nanti." Tapi aku yakin, kalau kita tak buat perangai, tak cari pasal dan yang paling penting berusaha bersungguh-sungguh, takdenya lecturer tu nak macam-macam dengan kita. Tadi pun Madam M dah cakap cara pengajaran dia dalam kelas, dia style yang suka bertanya dan suka kalau student bertanya. So apa lagi? Madam dah bagi hint dia akan tanya something, means that kita kena study dulu lah sedikit sebanyak sebelum masuk kelas tu.

Nextnya kelas petang, duk chit chat dengan budak Part 4 ni dan dia cakap IMC451 suuuuuuusah. Like suuuuuusah GILA. Budak tu cakap, ramai yang dapat C, yang dapat B tu pun kira dah beruntung gila. Haghi ni 1015, first kelas IMC451, detik ini dan saat ini aku dah start pikir yang aku macam tak mampu nak carry subjek tu. Dah mula nak rasa down. Oh meng. Oh nonono. Kemon Hani! Bila cuba belum tahuuu kan? Insha Allah, kalau kita set pemikiran kita yang subjek tu mudah, Insha Allah, Allah akan mempermudahkan even beribu yang cakap subjek tu subjek susah.

You Might Also Like

0 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*