16.8.14

Unite Sis & Bro (USB)

...sambungan entry 'Ber-Explorace Sakan' yang leeeeeepas. 


Dalam tengah kekalutan takde air, kami tetap redah join jugak program anjuran JPK Kolej Jasmine ni. Event ini dah lama dah aih, basi berkulat ghabaaat dah tapi share jugaklah kan walaupun dah basi. Tentatif program katanya program mula 08:00 pagi tak seperti biasa, aku bukan orang Jepun so 08:30 baru gerak pi Dewan Serbaguna. 

Bajet aku orang paling lewat lah, ghupe-ghupenya aku and the geng rombongan kedua yang datang awal. Rombongan pertama tu 2 oghang, rombongan aku 4 oghang. So total 6 oghang. Tunggu punya tunggu, annouce punya annouce, last-last ada jugak yang datang walaupun tak ghamai mana. Tak silap aku acara start dalam 09:00 lebih.


Antara yang terawal. Ehhh? Haha


Aktiviti pertama of course, pembahagian group. Dan, dengan sedikit 'tipu helah', aku mektin dan farah berjaya stay dalam 1 group. Nasib baik fesi tak perasan, kalau tak memang lonely lonely lah aku /playing 2NE1's Lonely/. Lepaih bagi group, kena buat chant lepas tu baru start explorace. Fesi dah bagi klu kat leader dan kami kena cari tempat mission berdasarkan klu yang diberi.






1st mission, kami kena settle puzzle dan puzzle tu merupakan carta organisasi pengurusan kolej. Time's up tapi kami failed dan dendanya nyanyi lagu Negaraku (denda yang sangat klise kan?) sekuat hati yang mungkin. Dapat je next klu, kami terus gerak pi kat pintu masuk Kolej Jasmine.



2nd mission kena masukkan tangan dalam 1 bekas dengan dengan mata tertutup. Tak silap aku kena celup dalam bekas tu amek duit kot. Aku dah lupa, forgive me. Dalam bekas tu ada ulat okeh. Nasib baik makk tak pengsan kat situ. Paling takleh blah bila ada member group kami tu cakap, 'pasir lah wey. Pasir.." Aku macam, yo yo yeee je fesi nak letak pasir. Memang idokk. Biasanya kalau mission macam ni, for sure dia orang akan letak ulat, tak pun katak. 




3rd mission kena berlari amek basikal then pi kat kampus fakulti IM. Setiap sorang kena baling bola kat next, next, next member sampai habis tanpa menggunakan tangan. Kalau bola tu jatuh, start balik. Kalau sampai maghrib bola tu duk jatuh aje, hah sampai maghrib lah korang baling bola tu. Hehe. Just kidding yo! Bila dah settle kat sini, kayuh lah pulok basikal balik pi kolej untuk settle mission yang keempat depan surau.






Alkisahnya misi keempat ni masing-masing kena duduk jauuuuuh-jauuuuuuh lepas tu orang pertama akan diberi ayat oleh fesi and then kena pass kat member yang lain. Tak silap aku ayat dia ni hah, "Kuku kaki kakak kena kopak kena kencing katak." Tuuuuu dia! Memang kalau tak fokus, ayat confirm jadi lain bila dah sampai kat orang last. Untuk mission ini, kami gagal (lagi). Dendanya kena nyanyi pape lagu lah, asalkan nyanyi. Sudahnya kami nyanyi lagu "...sahabat untuk selamanya bla bla bla…" tu hah. Aku dah lupa apa tajuk lagu tu. Bukan setakat kena nyanyi, siap kena simbah air hokeyy. T___T. Selesai misi keempat, kami gerak balik pi DSG untuk misi terakhir! Misi terakhir ni main teka peribahasa and finally, kami dapat tempat ketiga dari 5 kumpulan :)

Fesi tengah briefing pasal misi ke-4

Bila leader keluar baru semua dapat jawab soalan. Tudiahhh! haha



Aktiviti terakhir, pembahagian hadiah untuk semuaaaaa. Tak kisah lah dapat nombor berapa pun semuaaaa dapat hadiah. Hehe. Oh ye, lupa nak habaq mai, group kami kena denda sebab hilangkan salah satu klu. Choooi betullah. Eh, group kami okey lagi satu klu je.. Ada 1 group tu semua klu dia bagi kat fesi. Hahaha.




Memang gempak habis walaupun takde air kat kolej tapi masih boleh ber-explorace, berpeluh bagai nih hah. Tu pun nasib baik bila naik bilik, air dah adaaaaaa. Hehe. Terima kasih lah kat penganjur sebab sudi anjur event lagu ni. Memang syioooook lah! Rasa nak join lagi je kalau ada next USB. Hehe. 



No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*