Sem I | Final Exam Result

14.8.14

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Haghi ini for sure kat temline akan ada yang tulis;

"Alhamdulillah..."
"Next sem usaha lagi..."
"Takde rezeki sem ini..." and soooo on. (termasuklah aku)

Mane idoknye, haghi ini result final exam degree keluar. Maka bermulalah kesekakan traffic kat student portal. Nasib baik UiTM rajin email result kat aku jadi aku tak payah beriya nak log in student portal bagai. Alhamdulillah, semester 1 yang lepas berjaya aku harung dengan cemerlang yang tak seberapa sangat. 

Pointer yang aku target tu Alhamdulillah tercapai. Macam tak percaya tengok result tadi. Mana taknya, sepanjang dip dulu tak pernah aku dapat result macam tu. Haish, itulah masa diploma dulu ya ampunnn, Allah je Maha Mengetahui tahap pemalas aku ni. Bila dah degree ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak dah boleh lawan sindromm pemalas waktu final exam.

Terima kasih tak terhingga kat Sir Jailani, Sir KMT (Khairul Mizan Taib), Sir Ridzuan dann my only and only lecturer pompuan, Madam Norizan. Terima kasih sudi kongsi segala ilmu, segala nasihat, tazkirah bagai, ilmu pengetahuan yang sebelum ini tak pernah kami tahu. Terima kasih! Love ketat2 kat lecturer(s) semuaaaaa. Even aku rasa aku tak perform sebegitu baik masa dalam test/quiz tapi Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan keputusan yang aku dapat ni. Terima kasih Allah, terima kasih pensyarah semua. Aku ingat lagi kata-kata Madam Norizan dengan Sir KMT,

"Korang ini baru lagi masih semester 1. Masa semester 1 ini kamu nak kena target betul-betul pointer kamu. Jangan jadi macam senior kamu, semester 5-6 baru nak baiki pointer. Kalau dapat baiki takpe, kalau tak dapat macam mana?"

Tahniah kepada yang lulus dengan cemerlang dan jangan give up kalau-kalau result tak berapa nak chantek. 8/9 ini start kuliah untuk Semester II. Takut sebenarnya nak hadap semester II ini sebab sem ini barulah aku bakal didedahkan dengan dunia 'Records Management' dan bakal berinteraksi dengan lecturer(s) record aje. Harap aku boleh! So, let's work more more more harder next sem! Amin.

You Might Also Like

2 뚱

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*