Wednesday, 4 June 2014

The Journey Part 2.
June 04, 2014

The Journey Part 2.

The journey yang sangat memenatkan. Dugaan dengan cuaca yang sangat panas + terik sampai kami satu keluarga batuk, demam. Kes aku lagi teruk sampai berdarah hidung. Tak pernah dalam rekod kesihatan aku berdarah hidung. Huhuhu. Allah nak uji kan.. Tapi tak pe, still best ! First trip ke Cameron Highland, amek Umi sebab Umi ada kursus kat sana. Then dia orang pun bergembira sakan lah kan kat sana. Pi Lata Iskandar la apa la.. Nasib aku takde kan, kalau tak memang kat CH lagi da aku dah shopping souvenier sakan. Keke. Dari Kelantan ke Cameron Highland then ke Kajang umah Che Nor, tido sana semalaman :)


Esoknya tu lepas Zuhur bertolak ke Melaka. Dengan cuaca yang super duber hotzz mengalahkan burger bakar abang burn, kami tetap dengan mood bergambar. Keke. Yang paling excited of course si bongsu, Aime.. Memandangkan kita orang sampai pun dah lewat petang, kita orang sempat lawat dan ber-selfie kat Muzium Samudera & Kota A'Famosa. Malam tu stay kat rumah anak sedara Abah, kat Tanjung Kling, dalam 20-25 minit dari Bandar Hilir.




Esok pagi Ahad, dari Melaka terus ke Tangkak, Johor. Tempat pertama yang kami jejak of course lah Kolej Matrikulasi Johor. Nak bagi Syarah amek feel sebelum pendaftaran. Keke. Lepas 'side-view' kat KMJ, kita orang cari hotel & homestay kat area Tangkak. Tapi apakan daya, SEMUA hotel dan homestay kat area Tangkak dah FULLY BOOKED. Memang pening cari hotel/homestay dengan cuaca yang panas lagi. Perhhh, Allah je tahu betapa peritnya. Bila dah takde pilihan sangat, kita orang pi cuba nasib kat Muar dan Alhamdulliah ada hotel kosong kat Muar.. Then next Monday Morning, kami bergerak sekali lagi ke Tangkak, daftar mek Syarah.






Last 'journey', abah bawak aku, umi & Aime jalan-jalan kat Zoo Negara. Kehkeh. Tapi yang masuk kat dalam aku dengan Aiman jerkk. Dia orang tak larat nak jalan jauh-jauh jadi yang jadi penemannya akulah.. Kekehkeh. Gambar kat Zoo Negara aku akan update laterrr, Insha Allahh. K baaaaaaaaaaai.

0 comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*