Tuesday, 15 April 2014

04:40 AM
April 15, 2014

04:40 AM

It's 04:40 am and I'm still awake.

Lepas kejadian pencuri naik rumah last week, aku jadi takut nak tido. Takut dia orang datang lagi. Kalau tak orang yang sama, mungkin orang yang berlainan tapi dengan niat yang sama. Sejak aku balik Sabtu lepas, memang tido aku setakat ni tak menentu. Kadang tu pukul 05:00 pagi baru rasa 'secure' nak tido, itupun tido2 ayam. Kejap terlelap, kejap tersedar.. Even kalau keluar kejap pergi ambil Aiman kat sekolah (siang hari, bukan malam hari), aku akan double check dalam rumah bila dah balik. /sigh/.. Tapi yelah, macam yang Sir Khairul Mizan cakap, kalau kita letak segala pergantungan/harapan kita pada Allah, Insha Allah, Allah akan jaga/lindungi kita.

Sambil-sambil layan mata yang mengantuk tapi tak berani nak lelapkan mata ni, aku buat assignment mind-mapping seperti mana yang diarahkan oleh Madam J.Lo kita orang :D Seriously, assignment mind-mapping ni sangat, sangat, sangat, sangat, sangat susah berbanding assignment-assignment lain. Mungkin sebab aku ni tak creative, so that's why susah sikit aku nak siapkan assignment mind-mapping even hari ni dah masuk hari ke-5 aku cuti mid-sem. (Sabtu ni dah nak kena blah ke P.P) Aku start buat hari Isnin tapi apa yang aku buat lani just lakaran draft. Yang finalnya belum dilakar elok2 lagi sebab yang draft ni pun baru separuh jalan.

2 comments:

  1. memang trauma sgt klo umah masuk pencuri . kak pon pernah alami jugak masa belajar dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akk? takut sikit2 xde hal tapi ni sampai xleh nk lelap mata. huhuhu

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*