Wednesday, 5 March 2014

(҂⌣̀_⌣́)
March 05, 2014

(҂⌣̀_⌣́)

Sakit hati pulak den. Orang dah tanya elok-elok, dia jawab dengan kurang ajar. Agak kalau aku tanya dengan kurang ajar, mahunya dia cakap aku biadap. Tapi kalau dia yang cakap kurang ajar, tak ke tu biadap jugak? Cakap biadap tu satu hal, tak nak senyum pun satu hal. Tapi ye lah, orang kalau dah cakap biadap, takkan dia tersenyum-senyum lagi kan? Nak kata aku biadap/kurang ajar, cara pertanyaan aku tuh dah sehabis lembut/sopan mengalahkan wanita melayu terakhir doh. Tak pelah, orang kurang ajar dengan kita, takkan kita nak balas perbuatan yang kurang ajar jugak kat dia? Jadi, mohon bersabar dan tabah je lah.

semut2comel

Plus, orang tu pun dah dalam kategori makcik-makcik so, takde paedah aku nak cari gaduh dengan level makcik. Grrr, serious sakit hati. Mungkin makcik tu moody sebab faktor cuaca panas. Hmmmmm... #Husnuzon. Tapi bagi aku, semua benda tu takkan jadi penghalang kalau kita betul-betul ikhlas melakukan kerja. Dia sakit ke, dia gaduh dengan husband ke, ada masalah anak ke, kerja tetap kerja. Kena professional lah. Takkan hal peribadi nak campur dengan kerja. Aku tak tahulah apa masalah makcik tu tapi aku memang tak la nak pergi situ lagi. Papehal, aku rela pergi buat kat luar. Kena bayar pun bayar lah daripada dapat rawatan percuma tapi staff macam hampehhh. Layan kita macam kita ni batak sangat nak pergi jumpa dia. Puffffffffffff !

"Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara kalian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik." (HR Baihaqi, dinilai shahih oleh Al Albani dalam Silsilah As Shahihah") (Sumber: sabilulilmi)

azirock


0 comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*