Friday, 31 January 2014

After A Year.
January 31, 2014

After A Year.

Allahuakbar.

Alhamdulillah.

Setahun. Setahun aku tunggu, akhirnya rezeki berpihak pada aku. Dengan Izin-Nya, permintaan aku dimakbulkan. Saat dan ketika dapat tahu apa yang aku pinta dimakbulkan, rasa nak pengsan ! Ucapan syukur tak henti-henti diucapkan. Setahun aku hidup dengan kata-kata mereka yang memandang sinis sebab sebelum ini aku tak berjaya dapat. Setahun aku pendam perasaan tengok kawan-kawan yang lain duk 'gempar-gempur' pasal kehidupan baru mereka. Setahun aku makan hati/tadah telinga dengar mereka bercerita tentang dunia baru mereka.

Dalam masa setahun tu jugak aku rasa nak duduk rumah, tak nak pergi mana-mana. Sebab kalau aku pergi mana2 je, mesti ada yang tanya, 'buat apa sekarang', 'belajar kat mana'. 'dah kerja ke' bla bla bla. Setahun jugak aku menyepi, tak reply SMS siapa-siapa. Sebab yang sama, aku malas nak dengar soalan-soalan 'cepumas' dari mereka tu. Mungkin niat mereka untuk bertanya khabar, tapi tak bagi aku. Persoalan tu buatkan aku makin rimas, makin down ! Membuatkan aku makin fikir, 'bodoh sangat ke aku sampai tak boleh sambung...'. Seriously, orang sekarang terlalu memandang tinggi pada nama 'ijazah'. Bagi mereka, you've got nothing kalau setakat diploma. Oh my manusia. Entah bila pemikiran mereka nak berubah.


cengkih

Orang yang paling gembira sudah tentu si dia. Tadi pun dia dah siap cakap, 'dah nak kena pergi cari barang keperluan dah ni.' :) Dulu (masa aku tak berjaya tawaran tahun lepas) dia pernah bagi tahu kat aku; 'Masa dapat tawaran SPA, tolak. Kalau terima SPA dulu mesti dah tak pikir pasal semua ni'. Sedih aku bila dia cakap macam tapi tak boleh nak salahkan dia sebab aku tahu ibu mana tak kecewa anak dia tak dapat sambung. Kalau result diploma gempak, takde hal tapi result diploma pun cukup-cukup makan. Nasib baik duk Kelate, kalau duk KL? Takde kut yang nak terima kerja dengan result macam tu.

Tapi Alhamdulillah, bila berita ini diperkhabarkan kepadanya, inilah kali pertama aku rasa riak mukanya begitu gembira dengan apa yang aku sampaikan.. Mungkin juga berkat keberangkatan Umi buat Umrah tahun ini, aku dapat apa yang aku impikan. Insha Allah, mulai saat dan detik ini, aku akan sentiasa menyampaikan perkhabaran yang gembira kepadanya.. Aku nak buktikan yang aku jugak boleh jadi salah seorang anak yang mampu dibanggakan oleh seorang ibu itu.. ILY Umi.

candidjellyfish

Thanks kepada few person yang bertanya khabar pasal ini. Even dah lamaaaaaaa tak contact, mereka masih bertanya kabar, sama ada aku dapat atau tidak. And yeah ~ Anim, first person yang bertanyakan khabar aku. Thanks Anim ! Bagi yang nak semak keputusan tuh, boleh terjah sini uitm.edu.my/keputusan ... Pesan aku satu, selagi rasa nak sambung belajar tu ada, kau apply je lah even kau kena apply beribu kali.. Kalau ikutkan aku boleh aje tak nak sambung but I can't. Angan-angan nak sambung degree ini aku dah pasang dari zaman sekolah, sebab tu selagi tak dapat sambung aku rasa tak complete. (Err, sebenarnya sebab result diploma aku sedang-sedang je, sebab tu nak sambung degree. Nak belajar struggle gila, then cari kerja gempak gila.)

Aku tak pasti sama ada aku boleh survive ke tak sorang diri kat sana, dengan course baru tu lagi. Walaupun aku dah pernah belajar benda tu 'sikit' masa diploma dulu tapi rasanya tak cukup sebab kali ini aku belajar details lagi. Tapi Insha Allah, kalau kita ikhlas nak belajar sesuatu, Allah pasti permudahkan segala benda buat kita. Have a trust in Allah ! Till then, Assalamualaikum & Bye-E-Ru :)

4 comments:

  1. tahniah again hani. nati klu ad peluang. kte lepak sma dinung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq again animmmmm. ok set. keke :)

      Delete
  2. Replies
    1. thanks fiqaaaa :) yup, rezeki. cepat atau lambat je ^^

      Delete

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*