12.1.14

#shortgirlprbs

Pergi kedai runcit. Pak cik kedai runcit tanya;

"Sekolah kat mana, dik?"

Nasib baik aku tak tengah minum atau makan pape. Kalau tak, mahunya tersembur.

"Eh tak pak cik. Dah habis belajar dah."

Pak cik buat muka macam tak percaya.

"Oh, umur berapa?"

"22"

Dengar je 22, baru pak cik macam percaya (lah kot). Lepas tu selamba je dia cakap;

"Nampak macam budak sekolah.." sambil sengih-sengih.

Hmmmm... paham sangat pak cik. Pak cik nak cakap saya ini pendek macam budak sekolah kan sebenarnya? Hahaha. Ok pak cik, bergurau aje. Btw, terharu saya pak cik cakap saya macam budak sekolah. Terima kasih pak cik. Wahahaha :D




No comments:

Post a Comment

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*