4.1.14

His 9th Birthdayy.

Awal tahun dah sambut birthdayyy. Keke.

Ok, sebetulnya aku tak pasti aku ni nyanyuk ke, terlupa ke, tak ingat ke apa sampai aku pergi cakap kat orang kedai kek tu ni birthday Aiman yang ke 8 ! Jujur, aku tak sedar dah tahun baru dan aku pun tak ingat yang adik aku tu dah 9 tahun (darjah 3 weyyy). Padahal, hari tu baru je pergi daftar dan ambil buku teks untuk dia. Keke.

Yang kelakarnya bila akak kedai kek tu tanya berapa tahun? Aku jawab, 8 tahun. Aku pun tanya si Syarah ni (nak confirmkanlah konon), betulkan Aime 8 tahun? Dia pun dengan selamba harimaunya pergi angguk dengan tahap kelajuan yang paling maksimum. Apa pun tak boleh. Tak kisah lah, janji birthday boy dah dapat dan dah melantak pun kek tu :D


Mata semua dah fokus kat kek je. ><






Birthday awe ni semalam sebenarnya tapi baru sempat update :)

2 comments:

Big no for harsh words ^^ *throw hearts*
Arigato gozaimasu for the comment! *wink wink*